|
:: TOKOH, SEERAH DAN KISAH ::
>> WAHYU TERAKHIR
Diriwayatkan
bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada
hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji
penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu
jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta
beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan
berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari
ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya.
Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari
ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka
Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w.
pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila
para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan
Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun
kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar
ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah
sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata:
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga
begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu
berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan
dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak
tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila
sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.
Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan
Rasulullah s.a.w., Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi
janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu
Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu
mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh
para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w.
tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata
salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati
banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka
berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah
Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w.
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat
ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan
sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu
semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar
pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga
ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan
para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat
yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang
dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang
di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan
para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah
s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81
hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya
ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat
tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w.,
beliau menyuruh Bilal azan untuk mengeijakan shalat, lalu berkumpul para
Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w..
Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang
hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas
mimbar dan berkata:
"Alhamdulillah, wahai para muslimin,
sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang
diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini
adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua
seperti
seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang
mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya
sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3
kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan
berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak
mengumumkan kepada kami berkali-kali
sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal
ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar
saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari
belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya
saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul
unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul
pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja
memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai
'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah
Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan
berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas
[diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka
Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut
dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu
Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a.
berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata
Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya
untuk diqishash." Bertanya Fatimah r.a. lagi: "Wahai Bilal,
siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a.,
sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun
membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat
tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke
hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah,
janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi
kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan
tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata:
"Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali,
duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan
mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:
"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun
berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak
memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai
baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah
s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan
Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus
anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul
anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya
hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka
dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman
atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah
itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling
besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka
beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah r.a. dan beliau berkata:
"Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua,
saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.
dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya
dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba
kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku
maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas
hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya.Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman
yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan
aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah
sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah
s.w.t., kemudian yang akan
menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali
malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu
semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan
yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang
keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang
diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara
kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan
kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku
tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara
dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan
yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara
kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian,
maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w.
sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada
hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat,
setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah
Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika
ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah
s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu
Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti
permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya
penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan
shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar
kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a.
pun berjalan menuju
ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid
maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah
s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila
ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis
sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam
masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai
Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka
Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak
pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan
Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan
terus pergi ke
masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di
masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa
kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku
di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah
s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada
malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan
dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka
minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah
kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak
izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali
padaku." Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah
s.w.t. maka malaikat lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun
memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir
risaalati a adkhulu?", ”[Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan
sumber risaalah, bolehkan saya masuk?]”. Apabila Fatimah mendengar orang
memberi salam maka ia pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w.
sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.:
"Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu
itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang
Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang
sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya
merasa menggigil badan saya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;
"Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?."
Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat
yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan
kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah
mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan
Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai
Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan
aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun
menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat
lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail
engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut
rohku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu,
itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan
maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail,
di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan
Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun
turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w.
melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata
Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.:
"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun
rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan
kesemua para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Alharndulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari
kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman
yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk
ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail,
dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan
tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s.
mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila
mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan
telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai
Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala
kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh
Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku
wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah
diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak
dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata:
"Umatku, umatku."
|